DuniaSemasa

Bermula 29 ogos pemakaian ‘Mask’ tidak diwajibkan di Singapura

Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

SINGAPURA: Kerajaan dilaporkan bakal melonggarkan sekatan penggunaan pelitup muka di ruang atau kawasan tertutup bermula Isnin, 29 ogos.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, orang ramai selepas ini tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka dalam ruangan tertutup.

Namun begitu, mereka hendaklah memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam dan berada di tempat fasiliti kesihatan seperti klinik, hospital dan pusat penjagaan.

Manakala pemakaian pelitup muka ketika berada dalam kenderaan persendirian termasuk bas sekolah dan teksi adalah hak masing-masing.

Singapura menjadi antara negara pertama di Asia yang telah memudahkan pemakaian topeng di dalam ruangan tertutup.

Menteri Kewangan pula meminta dan menasihatkan warga emas dan mereka yang lemah imun untuk kekal memakai pelitup muka dalam kawasan tertutup yang sesak bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti virus tersebut.

Turut memberii kenyataan berkenaan hal ini adalah Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung yang memaklumkan mengenai rancangan Singapura untuk menangani gelombang COVID-19 pada masa depan.

Beliau menunjukkan bagaimana negara tersebut menjangkakan lonjakan kes menjelang akhir tahun ini.

Susulan itu, kapasiti di hospital akan ditingkatkan dan akan menambah baik liputan vaksinasi.

Walaupun kira-kira 70 peratus penduduk Singapura telah dijangkiti COVID-19, Ong menyatakan bahawa imuniti yang diperoleh daripada jangkitan masa lalu akan berkurangan dari semasa ke semasa.

“Vaksinasi sangat berkesan dalam melindungi daripada penyakit yang teruk dan kemasukan ke hospital,” katanya.

Sementara itu, jawatankuasa kerajaan yang mengkaji vaksinasi kini mengesyorkan orang ramai yang berumur 60 tahun ke atas perlu menerima suntikan penggalak COVID-19 yang kedua.

Manakala kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun disyorkan untuk menerima satu dos penggalak iaitu lima bulan selepas suntikan kedua.

Kira-kira 79 peratus daripada 5.45 juta penduduk Singapura dilaporkan telah mengambil suntikan penggalak pertama mereka.

Related Articles

Back to top button