Semasa

Bekas Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan meninggal dunia

Meninggal pada awal pagi

KUALA LUMPUR: [UPDATE] Jenazah bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim  selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, pada lebih kurang jam 12.30 tengah hari tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Ahmad Hafiz Abdul Raffar menerusi satu hantaran Facebook.

Menurut Ahmad Hafiz, Allahyarham meninggal dunia pada jam 3.10 pagi.

“Bagi pihak keluarga, ingin saya maklumkan kepulangan ayahanda tercinta kami (Datuk Mokhtar Hashim) ke Rahmatullah pada 3.10 pagi tadi.”

“Hanya lafaz takziah serta doa yang mampu diucapkan dari kejauhan buat ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button