DuniaSyria

Bekalan elektrik Syria pulih berperingkat

Bergelap kerana serangan paip minyak

VIDEO : Bekalan elektrik di Syria pulih secara berperingkat selepas terputus sejak tiga hari lalu.

Kejadian disebabkan oleh  letupan saluran paip minyak yang didakwa Menteri Minyak Syria dilakukan oleh puak pemisah.

Video api menjulang tinggi akibat letupan dirakam saluran TV Al Ikhbaria.

Menurut Agensi berita SANAA, Menteri Elektrik Syria, Mohammad Zuhair Kharboutli pemulihan bekalan elektrik telah dilakukan peringkat demi peringkat terutama kawasan penting selepas seluruh negara itu bergelap kelmarin.

Kebanyakan janakuasa juga telah mendapat kembali bekalan elektrik mereka dan bekalan juga telah pun disalurkan ke kawasan industri, infra penting awam serta beberapa wilayah.

Seranga puak pemisah itu didakwa menyasarkan sistem saluran paip minyak Arab yang berhubung dari Mesir Ke Jordan dan ke Syria.

Kawasan serangan pula terletak di antara Damer dan Adra di barat laut, ibu kota Damsyik.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button