Banjir

Bau, Sarawak terputus hubungan jalan utama dinaiki air

Mangsa terperangkap rayu dipindahkan dari semalam - Bomba

BAU : [VIDEO] Usaha memindahkan mangsa banjir di daerah Bau, Sarawak menghadapi kesukaran disebabkan jalan utama dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Tawang Linggem, berkata keadaan itu menyebabkan pihaknya tidak dapat menggerakkan anggota dan aset ke lokasi terjejas kerana kenderaan tidak dapat melalui jalan terbabit.

Katanya, antara jalan terputus ialah Jalan Bau-Lundu, Jalan Bau-Tondong, Jalan Bau-Jagoi dan Jalan Bau-Krokong, iaitu laluan utama menghubungkan seluruh daerah ini.

“Sejak malam semalam, kami mendapat begitu banyak panggilan daripada mangsa banjir yang memohon bantuan pemindahan tetapi kami tidak dapat datang disebabkan terputus hubungan, ” dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah di Siniawan, Tondong, Buso dan Singai, yang terletak tidak jauh dari sungai.

“Peratusan kawasan terjejas melebihi 70 peratus, sehinggakan ada kampung yang tidak pernah banjir selama ini pun banjir seperti Kampung Stass dan Kampung Grogo,” katanya.

Selain banjir, tanah runtuh turut menimbuskan jalan utama di sekitar Krokong, Tringgus, Kopit, Jagoi dan Singai.

 

 

 

 

Related Articles

One Comment

  1. SendBulkMails.com allows you to reach out to clients via cold email marketing.

    – 1Mil emails starter package
    – Dedicated IP and Domain Included

    – Detailed statistical reports (delivery, bounce, clicks etc.)

    – Quick and easy setup with extended support at no extra cost.

    – Cancel anytime!

    SendBulkMails.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button