PalestinSemasa

Dua lagi muslim terkorban serangan udara israel di Gaza

Pesawat pejuang israel menyasarkan sebuah kenderaan di Semenanjung Gaza

GAZA: Serangan udara israel terbaharu pada Selasa mengorbankan 2 rakyat Palestin dan mencederakan 2 yang lain di timur bandar al-Qarara, utara bandar Khan Younes, di selatan Semenanjung Gaza, menurut wartawan WAFA.

Menurutnya, sebuah dron israel melepaskan peluru berpandu ke arah sebuah kenderaan menyebabkan kebakaran berlaku dan mengorbankan dua penumpang.

Kredit Foto Twitter Times of Gaza

Sumber perubatan di Hospital Nasser mengesahkan bahawa jenazah 2 rakyat Palestin yang terbunuh itu terbakar teruk dan dua mangsa yang lain telah dimasukkan ke hospital.

Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak dan empat wanita, terbunuh serta 20 yang lain cedera dalam siri serangan udara israel yang mencetuskan pencerobohan baharu di Semenanjung Gaza yang dikepung.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button