KemanusiaanPalestin

Baru beberapa jam dibebaskan warga Palestin ditahan semula

Tentera rejim, geledah rumah tahan 5 warga Palestin

RAMALLAH :  Hanya beberapa jam dibebaskan selepas hidup dalam sangkar tahanan Israel, Rami Fadayel ditahan semula malam semalam (30Dis)

Fadayel adalah di antara lima orang warga Palestin yang ditahan tentera Israel di daerah sekitar Ramallah dan al-Bireh.

Tindakan Israel itu dinyatakan oleh Persatuan Tahanan Palestin, PPS, dalam satu kenyataan media.

Penahanan warga terbabit dikatakan dilakukan secara keras selepas menyerbu rumahnya di kejiranan al-Tirah di Ramallah.

Fadayel, bapa seorang anak dibebaskan minggu selepas dua tahun ditahan tanpa bicara di Israel. 

Namun beliau ditahan semula selepas dibebaskan hanya beberapa jam kemudian.

Israel juga menahan seorang lagi bekas tahanan dan merampas sebuah kereta milik mereka selepas rumah mereka digeledah di Ein Minjed dan Ein Misbah.

PPS dalam kenyataannya turut menyebut bahawa tentera menggempur perkampungan Abu Qash di utara Ramallah.

Perkampungan lain pula diserbu ialah Ein Qiniya, dan menahan seorang lagi.

Tindakan terbaru ini adalah dilakukan sehari selepas serbuan besar-besaran di seluruh Ramallah dan menahan 15 warga Palestin termasuk bekas tahanan politik. – WAFA 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button