Banjir

Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

Kesemua 17 pusat pemindahan sementara ditutup hari ini

KUALA TERENGGANU: Kesemua 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu ditutup semalam (11 Jan)  setelah keadaan banjir di sana pulih sepenuhnya dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata empat PPS terakhir di Kemaman dan Dungun ditutup secara rasmi pada jam 2.00 petang pada Isnin.

pic: astroawani.com

Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memberitahu bahawa penduduk perlu berjaga-jaga dengan sebarang perubahan cuaca  di tempat tinggal mereka.

“Bagaimanapun, penduduk di Terengganu perlu terus berwaspada kerana Monsun Timur Laut hanya akan berakhir pada Mac. – Ketua Sekretariat J/Kuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman

Gelombang pertama banjir di Terengganu bermula pada 17 hingga 19 Nov dan disusuli dengan gelombang kedua pada 23 Nov hingga 2 Dis lalu.

Terkini, iaitu gelombang kelima banjir telah bermula pada 3 Jan lepas dan berakhir hari ini, yang menyebabkan lebih 13,000 penduduk di empat daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Besut terjejas akibat bencana itu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button