Semasa

Banjir di Kedah pulih sepenuhnya

ALOR SETAR : Pusat pemindahan terakhir yang menempatkan 30 mangsa banjir daripada sembilan keluarga, ditutup.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof menyatakan pusat bantuan di Dewan Cenderawasih di Pendang telah dibuka sejak 2 November lalu.

“Selepas air banjir surut, pusat pemindahan ditutup dan semua mangsa dibenarkan pulang. Ini. menjadikann kesemua PPS ditutup di Kedah sejak ia diaktifkan secara berperingkat bermula hujung Oktober lepas,” katanya.

Banjir di Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling, dan Sik berpunca daripada hujan sebulan yang menjejaskan lebih 900 orang.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button