DuniaSemasa

Thailand isytihar darurat!

Kekang kemaraan penunjuk perasaan tuntut Chan-o-cha letak jawatan

BANGKOK : [VIDEO] Darurat diisytihar di  Bangkok!

Kerajaan Thailand ketika mengesahkan perintah itu turut melarang perhimpunan melebihi lima orang di bandar raya berkenaan.

Kerajaan juga mengharamkan sebarang kenyataan di dalam talian yang bertujuan mengancam keselamatan negara semalam.

Arahan itu diadakan bagi mengelakkan satu tunjuk perasaan diadakan dan dibuat selepas para penunjuk perasaan menuntut supaya Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha meletakkan jawatan.

Beberapa pemimpin ditahan termasuk peguam hak asasi manusia selaku pemimpin bantahan Arnon Hampa ekoran ucapan yang dibuat beliau di utara Chiang Mai semalam.

Pembantah sebelum ini berhimpun di luar kediaman Chan-o-cha semalaman dan bergaduh dengan sekumpulan penduduk yang setia dengan golongan beraja.

Mereka menentang pergerakan diketuai golongan muda yang mendesak perubahan berlaku dalam institusi beraja.

Kata seorang jurucakap kerajaan, pengisytiharan itu membenarkan ‘peralatan komunikasi elektronik, data dan senjata suspek yang menyebabkan situasi darurat dirampas’.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan polis untuk melakukan dakwaan ke atas ‘para penunjuk perasaan yang menghalang rombongan kenderaan diraja’ semalam.

Dakwaan juga akan dikemukakan ke atas ‘mereka yang bertindak dengan cara yang mencemarkan monarki’.

Selepas para penunjuk perasaan berarak ke Rumah Kerajaan, mereka berhimpun pada waktu malam dan menjerit ke arah Perdana Menteri supaya ‘keluar’ manakala sebahagian lagi berkhemah di luar bangunan itu.

Penganjur perhimpunan itu, Tattep Ruangprapaikitseree menegaskan keperluan untuk satu perlembagaan baharu negara tersebut yang sebelum ini mengikut acuan tentera pada tahun 2017.

Tunjuk perasaan yang diadakan semalam juga bertujuan untuk memperingati ulang tahun ke-47 kebangkitan pelajar pada tahun 1973 yang menyaksikan 77 orang terbunuh. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button