Covid19Semasa

Bakal jemaah Haji diberi keutamaan terima vaksin Covid-19

Pemberian vaksin kepada bakal jemaah Haji akan dibuat selepas Arab Saudi membuat keputusan rasmi

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 menyokong cadangan untuk memberi vaksin kepada permohonan yang dikemukakan Lembaga Tabung Haji (TH) jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di sini pada Isnin.

Oleh itu, bakal jemaah Haji Malaysia tahun ini akan diberi keutamaan dalam pemberian vaksin Covid-19 selepas kerajaan Arab Saudi menetapkannya sebagai syarat wajib.

“Kita menjangka jumlah bakal jemaah Haji tidak ramai, justeru ada bekalan mencukupi untuk diberikan kepada mereka.” katanya pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau menambah, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menyediakan vaksin kepada jemaah Haji jika ditetapkan sebagai wajib oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah, sebelum ini dilaporkan berkata vaksinasi Covid-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah Haji yang akan menunaikan ibadah itu pada Julai nanti.

Adli Effendy

Journalist & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button