Covid19KesihatanSemasa

Azan Sentiasa Berkumandang Dalam Wad, Rindu Kluster Tabligh – Petugas COVID-19

Kini heboh di media sosial berkenaan pengalaman-pengalaman yang dikongsikan oleh petugas barisan hadapan yang terlibat dalam proses saringan dan kuarantin ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara. Rata-rata mengakui kluster tabligh yang diurus mereka sebelum ini lebih memberi kenangan yang manis.

Seorang doktor meluahkan perasaan di laman sesawang Facebooknya berkenaan pesakit-pesakit Covid-19 yang diberi rawatan menjadi tular. Dr. Afiq yang bertugas di wad sementara yang terletak di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh menerusi hantaran di laman Facebooknya. Dr Mohd Afiq sering memuat naik status dan foto beliau dan rakan setugasnya merawat pesakit di hospital. Status yang ditulis ini menarik perhatian ramai netizen di luar sana.

Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

Ujar beliau tentang mudah akan urusan bersama kluster tabligh ini walaupun berpeluh-peluh ‘Personal Protective Equipments’ (PPE) dipakai mereka.

Tambahnya lagi, akhlak kumpulan tabligh yang terjaga memberi suasana yang menyenangkan kepada orang di sekeliling apabila mereka sering mengalunkan bacaan al-Quran dan melaungkan azan.

Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..

Kluster Kayangan

Kini netizen-netizen mula hangat memberi komen tentang mereka yang baru pulang dari luar negara dan melabelkan mereka yang dikatakan memilih untuk dirawat sebagai ‘kluster kayangan’.

Dr Afiq juga tidak ketinggalan dalam menegur sikap segelintir pesakit yang tidak memberikan kerjasama dengan enggan dihantar ke wad tertentu atas alasan seperti panas dan tidak selesa.

Tambahan lagi beliau juga meluahkan perasaan bahawa kumpulan baru ini meminta mereka diberi layanan VIP seolah-olah mereka sedang dalam percutian mewah.

Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.

Terdapat banyak lagi aduan dan luahan petugas Covid-19 berkenaan diherdik kerana tidak memberi layanan istimewa kepada mereka. Ada yang sudah awal-awal meminta ditempatkan di bilik yang berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Tak kurang juga yang memilih hotel untuk didiami sepanjang dikuarantin beserta menu makanan pilihan masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam satu kenyataan bahawa pihak kerajaan hanya menanggung RM150 sehari bagi membiayai makan minum dan penempatan bagi mereka di 45 buah hotel tiga bintang yang terpilih.

Sebarang permintaan untuk mendapatkan layanan yang lebih istimewa dikehendaki dibayar sendiri.

Baca tulisan Dr Afiq sepenuhnya disini.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana masih berada dalam jagaan yang baik dan rapi oleh kerajaan yang begitu menitik beratkan keselamatan kita.

Sebagai balasan, kita hanya perlu memainkan peranan dalam membantu pihak kerajaan terutamanya petugas kesihatan dan anggota keselamatan dalam membendung penularan COVID-19 dengan mematuhi PKP yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kekal tenang, duduk di rumah, #KitaJagaKita !

Ikhwan Solehin

We promise in proportion to our hopes, and we deliver in proportion to our fears. - Francois de la Rochefoucauld

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button