Semasa

Pemain badminton Guatemala berumur 34 tahun tetapi tetap mengejar impian ke sukan olimpik.

mengaku ibu bapanya tidak pernah menontonya bermain badminton

TOKYO : Guatemala adalah nama yang sangat asing dalam sukan badminton. Malah sukan badminton sendiri bukanlah antara sukan popular di negara itu.

Itu yang diakui oleh Kevin Cordon, pemain badminton yang kini berusia 34 tahun, dan menduduki rangking 59 dunia.

Beliau sudah merantau sejak umurnya 12 tahun demi mengejar impiannya untuk bermain dalam sukan olimpik.

Kevin Cordon berjaya mencapai impiannya pada Olimpik Tokyo 2020. Beliau memberitahu seperti tidak percaya akan dapat melawan pemain handalan dunia yang sebelum ini hanya beliau tonton di televisyen.

Bertambah manis apabila berjaya masuk ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang-Hee dengan kiraan mata 21-13 dan 21-18.

Yang sebelum itu Heo Kwang-Hee telah mengejutkan dunia dengan menewaskan pemain nombor satu dunia, Kento Momota.

Namun Kevin Cordon tewas di peringkat separuh akhir kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen 21-18 dan 21-11.

Menurut Kevin Cordon, ibu bapanya tidak pernah menyaksikan beliau bermain badminton.

“Itu bukan kerana mereka tidak menyayangi saya, mereka gugup. Ketika saya bermain, adik-beradik lelaki saya yang menonton dan mereka memberi tahu ibu dan ayah sama ada ‘Kevin menang ataupun Kevin kalah’.”

Hari ini Kevin Cordon akan berhadapan dengan wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting bagi perebutan pingat gangsa.

 

Related Articles

Back to top button