Semasa

ATM perketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand

Prosedur kawalan sempadan diperketat susulan insiden tembakan di Padang Besar

KUALA LUMPUR: Susulan daripada insiden tembak-menembak yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertingkatkan kawalan sempadan daratan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, ATM memandang serius insiden terbabit kerana melibatkan nyawa angota yang bertugas di kawasan operasi.

“ATM mengingatkan setiap lapisan peringkat kepimpinan serta anggota yang terlibat dalam operasi kawalan persempadanan untuk terus berwaspada dan meningkatkan aspek kesiagaan operasi terutama di lokasi panas,”.

ATM juga tidak menolak bahawa kegiatan jenayah berat dan bersenjata rentas sempadan ini dinaungi oleh sindiket tertentu.

“Mereka (penjenayah) mampu untuk bertindak di luar batasan untuk melepaskan diri dari ditahan,” jelasnya lagi.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, 24 November,sebuah insiden tembak menembak antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penyeludup yang mengorbankan seorang anggota keselamatan.

oleh: Iman Nur Hakim bin Azrin

 

Related Articles

Back to top button