DuniaKemanusiaanSemasa

Armenia – Azerbaijan setuju gencatan senjata

Bermula hari ini atas dasar kemanusiaan

STEPANAKERT (AZERBAIJAN): Menghampiri dua minggu pertempuran sengit,  Armenia dan Azerbaijan hari ini bersetuju melaksanakan gencatan senjata dan memulakan ‘rundingan substantif’ berhubung kemelut Nagorno-Karabakh.

Pertempuran berdarah itu sudah pun meragut ratusan nyawa, dan juga kerosakan besar kepada harta benda orang awam.

Mereka yang terkorban juga terdiri daripada pihak tentera dan orang manakala ribuan lagi terpaksa menyelamatkan diri bimbang sekiranya peperangan tercetus.

Selepas rundingan selama 11 jam antara Armenia dengan Azerbaijan yang diusahakan Moscow sebagai perantara, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov mengumumkan kedua-dua pihak terbabit bersetuju melaksanakan gencatan senjata ‘bermula tengah hari 10 Oktober atas dasar kemanusiaan’.

Gencatan ini menafikan ura-ura tiada tanda-tanda konflik kedua-dua pihak akan tamat dalam waktu terdekat.
Photo:bbc.com

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada gencatan senjata itu akan berkuat kuasa pada tengah hari di Moscow atau mengikut waktu tempatan malam di Karabakh.

Lavrov yang membacakan satu kenyataan berkata, dalam tempoh gencatan senjata itu – di mana Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah bertindak sebagai perantara – kedua-dua pihak bertelagah akan saling bertukar tahanan dan mayat mangsa.

“Batas gencatan senjata yang kukuh akan dipersetujui secara berasingan,” menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu, Armenia dan Azerbaijan bersetuju memulakan rundingan bagi mencapai penyelesaian secara aman berhubung persengketaan mereka.

“Azerbaijan dan Armenia memulakan rundingan substantif untuk mencapai penyelesaian secara aman dengan secepat mungkin,” kata Lavrov kepada pemberita sambil memaklumkan bahawa usaha itu akan membabitkan Perancis, Russia dan Amerika Syarikat (AS) sebagai perantara.

Konflik yang bermula pada tanggal 27 september 2020 yang lalu ini bukanlah konflik baru.

Konflik yang berpusatkan Nagorno Karabakh ini telah berlarutan sejak satu abad yang lalu.

Namun sebelum berlakunya konflik terbaru ini, pada Julai 2020 yang lalu telah berlaku pertempuran antara kedua-dua negara sehingga menyebabkan campur tangan beberapa negara seperti Turki, Serbia, Georgia dan Israel.

Konflik antara Azerbaijan dan Armenia berpunca daripada perebutan wilayah Nagorno-Karabakh yang terletak di antara kedua-dua negara ini.

Nagorno-Karabakh adalah sebuah wilayah bergunung yang terletak di selatan Qoqaz yang dahulunya berada di bawah Soviet Union.

Nagorno dalam bahasa Rusia memberi maksud gunung-gunung, adapun Karabakh memberi maksud taman-taman hitam.

Kedudukan Azerbaijan sangat strategik dari sudut pertumbuhan ekonomi Eropah, kerana ia menjadi di antara laluan utama kepada paip-paip  yang membekalkan petroleum dan gas dari laut Qazwin ke pasaran dunia khususnya ke benua Eropah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button