Covid19PolitikSemasa

Arahan PKPB di Kawasan Istana Negara

Media, petugas sila patuhi!

KUALA LUMPUR : UPDATE Suasana di Pintu Utama Istana Negara tenang dan dikawal ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak pagi tadi.

Pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul di sekitar kawasan ini sejak jam 11:00 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan semasa dan menanti keberangkatan tiba rombongan Raja-Raja Melayu yang dijangka menghadiri Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu, sebentar lagi.

Petugas media yang hadir wajib mengimbas kod QR MySejahtera dan mengambil suhu badan serta diberikan pelekat khas.

Sementara itu semua petugas media dan agensi berkaitan yang akan bertugas dan berada di sekitar kawasan Istana Negara hari ini diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin, berkata aplikasi pendaftaran MySejahtera akan digunakan dan semua pihak wajib memakai pelitup muka, membuat pemeriksaan suhu badan dan mendaftar kehadiran di kaunter yang disediakan.

ACP  Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata petugas media akan memasuki kawasan khas yang disediakan dengan petak khas penjarakan fizikal.

Aplikasi MySejahtera akan digunakan serta semua pihak wajib memakai pelitup muka, membuat pemeriksaan suhu badan dan mendaftar kehadiran di kaunter yang disediakan.

Polis juga menasihati orang awam daripada tidak berkumpul di sekitar kawasan Istana Negara.

“Sebarang tindakan provokasi akan diambil tindakan dibawah undang-undang yang berkaitan.

“Polis Brickfield mengingatkan semua pihak agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan untuk mengelak penularan wabak COVID-19 dan memastikan kelancaran majlis ini.”

Kegagalan mematuhi SOP akan dikenakan kompaun segera mengikut Akta 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020. -BH

UPDATE – Pihak media memaparkan video kedatangan raja-raja Melayu di Twitter sambil mematuhi arahan yang diberikan PDRM dan Polis Brickfield.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button