Covid19DuniaKerohanianSemasa

Arab Saudi: Tangguh Persiapan Haji, Utamakan Keselamatan Umat Islam Serta Rakyat

2.5 juta umat Islam disarankan tunggu sehingga pandemik COVID-19 dapat diatasi

Sememangnya panggilan untuk menunaikan fardhu Haji adalah antara satu saat yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Rukun Islam yang kelima itu merupakan ibadah yang membawa erti yang sangat mendalam kerana keistimewaannya yang tersendiri apabila umat Islam dapat berkumpul di bumi anbiya sambil menyelusuri sejarah nabawi dan melihat sendiri Kaabah di depan mata.

Bagi rakyat Malaysia, rata-rata telahpun menantikan panggilan bagi menunaikan Haji untuk satu tempoh yang lama hinggakan berpuluh tahun kerana perlu membuat simpanan dan menunggu giliran masing-masing mengikut pendaftaran yang dibuat di bawah Lembaga Tabung Haji. Menurut satu laporan, kira-kira tiga juta orang di Malaysia sudah mendaftar untuk menunaikan fardu haji, iaitu sebahagian daripada 9.3 juta pendeposit di Tabung Haji (TH) pada 2018. Dengan jumlah seramai itu, tempoh menunggu untuk menunaikan haji juga semakin lama iaitu 116 tahun.

Walau bagaimanapun, bagi tahun 2020, seluruh umat Islam akan menghadapi satu situasi yang amat menyedihkan kerana ibadah Haji berkemungkinan tidak dapat diteruskan atas sebab pandemik COVID-19.

Hari ini kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan supaya umat Islam yang sedang membuat persiapan Haji dan umrah untuk tidak meneruskan niat mereka terlebih dahulu. Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.

Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah. Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat. Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas.

– Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Saleh Benten

 

Sebagai langkah pencegahan jangkitan wabak COVID-19, kerajaan Arab Saudi sebelum ini telah menghentikan kesemua penerbangan antarabangsa bermula pada 15 Mac yang lalu untuk tempoh dua minggu selain melaksanakan penggantungan membabitkan pekerja di sektor swasta dalam tempoh 15 hari.

Pada 26 Mac yang lalu, Raja Salman telah mempengerusikan mesyuarat kecemasan G20 secara atas talian  dan menyeru pemimpin kumpulan berkenaan supaya mengambil langkah “berkesan dan diselaras” untuk memerangi krisis global yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

Atas dasar prihatin terhadap negara-negara yang tidak mampu untuk menghadapi pandemik corono virus ini, beliau juga menekankan peranan negara-negara G20 untuk mengenepikan kepentingan politik masing-masing dan membantu negara-negara membangun dan negara-negara yang kurang membangun untuk membolehkan mereka membina kapasiti dan memperbaiki infrastruktur mereka untuk mengatasi krisis ini.

Sejarah Pembatalan Haji Disebabkan Penyakit Berjangkit

Tahukah anda ibadah Haji sebelum ini pernah dibatalkan sebanyak kira-kira 40 kali? Perkara tersebut berlaku atas banyak sebab antaranya adalah disebabkan munculnya wabak yang mengorbankan begitu ramai jemaah. Berikut disenaraikan peristiwa-peristiwa yang dicatatkan yang telah menyebabkan ibadah haji tidak dapat dilaksanakan:

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button