Semasa

Arab Saudi keluar permit umrah bagi jemaah 12 hingga 18 tahun

JEDDAH : Kementerian Haji dan Umrah mengesahkan bahawa jemaah yang berusia 12 hingga 18 tahun dibenarkan untuk mengerjakan ibadah Umrah sekiranya mereka telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Lebih dari 13,000 permit dikeluarkan untuk kumpulan umur tersebut yang membolehkan mereka menunaikan Umrah dan mengunjungi Masjid Nabawi.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Abdul-Fattah bin Suleiman Mashat, mengatakan bahawa permit Umrah dikeluarkan melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna, dengan sistem perkhidmatan bersepadu dan langkah-langkah pencegahan yang menjamin keselamatan dan kesihatan mereka.

Mashat turut memaklumkan bahawa kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain sebelum musim Umrah tahun ini untuk mewujudkan mekanisme eksekutif dan persekitaran yang selamat untuk jemaah.

Dalam pada itu, beliau menekankan keperluan untuk mematuhi prosedur kesihatan yang ditetapkan oleh kementerian bagi memastikan keselamatan jemaah dan para petugas demi mencegah penyebaran Covid-19.

-AGENSI

Diterjemah oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button