DuniaSemasa

Arab Saudi benar jemaah asing berusia 12 tahun ke atas tunai umrah

RIYADH : Jemaah dari luar negara yang berusia 12 tahun ke atas dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan umrah

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di mana terdapat perbezaan berbanding sebelum ini di mana hanya individu berusia 18 tahun ke atas dibenarkan menunaikan umrah.

Di bawah peraturan baharu, semua penduduk di Arab Saudi serta rakyat Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan jemaah asing yang berusia 12 tahun dan ke atas perlu mendapatkan permit untuk menunaikan umrah, solat di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.

Menurut laporan Saudi Gazette, bukti vaksinasi di platform Muqeem diperlukan sebelum tiba di Arab Saudi dan pendaftaran di aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna selepas berada di negara ini.

Mereka dibenarkan menunaikan umrah dan solat di masjid utama berkenaan sebaik sahaja status kesihatan mereka dikemaskini di aplikasi Tawakkalna.

Jemaah yang tiba dari pelbagai negara juga perlu mematuhi prosedur sama, namun perlu menunjukkan bukti vaksinasi di platform Qudoom.

Permit yang diperlukan oleh jemaah asing yang menggunakan visa umrah akan dikeluarkan oleh pihak syarikat umrah.

Walaupun penjarakan fizikal sudah dimansuhkan, namun jemaah perlu memakai pelitup muka dan membuat tempahan terlebih dulu sebelum solat dan menunaikan umrah.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button