BanjirCovid19KemanusiaanSemasa

APM sediakan bantuan tenaga dan pengangkutan untuk misi Jelajah Bantu Ummah MAPIM

Pasukan sudah bersiap sedia digerakkan

SEPANG : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menyediakan bantuan dari sudut tenaga dan pengangkutan bagi menjayakan misi jelajah bantu ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia yang akan bermula pada bila-bila masa.

Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam KPj. (PA) Datuk Roslan Wahab berkata kerjasama ini diteruskan seperti mana kerjasama yang pernah dilakukan pada misi ummah bantu ummah pada tahun lalu.

Menurut beliau, masih lagi ramai rakyat negara ini yang terkesan akibat banjir dan Covid-19 yang memerlukan bantuan daripada orang ramai.

Sehubungan dengan itu, pihaknya akan menghubungi  Pengarah APM negeri supaya mereka dapat berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan bagi menerangkan bantuan yang akan disampaikan oleh pihak MAPIM.

Untuk permulaan, tiga negeri utama akan menjadi tumpuan iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Lawatan ini lawatan pertama saya bagi tahun 2021, selepas tiga kali saya datang ke sini semasa PKP yang lepas dan pada kali ini saya hendak tengok MAPIM punya persiapan untuk bantuan kepada negeri-negeri untuk Covid-19 yang sedang kita hadapi sekarang, dan kita dapati masih banyak yang saya rasa memerlukan bantuan daripada pihak kita,  dan untuk APM kami bekerjasama dengan MAPIM dari segi tenaga dan juga pengangkutan itu yang boleh pihak kami bantu” – Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam KPj. (PA) /Datuk Roslan Wahab

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan persiapan misi jelajah bantu ummah MAPIM Malaysia di Ummah Central Warehouse di Sepang pada Rabu (27 Jan)

Beliau kagum melihat persiapan yang dilakukan oleh MAPIM dan kesungguhan yang ditunjukkan demi membantu orang ramai yang terjejas akibat banjir dan juga Covid-19.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM (Dr) Sani Araby Al Kahery, MAPIM bakal menggerakkan 30 kontena bantuan yang akan diagihkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara barangan sumbangan yang bakal diberikan adalah bantal, toto untuk setiap keluarga, minyak masak, dan puluhan ribu botol air minuman kepada asnaf, barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

MAPIM juga bersedia membantu kawasan yang terjejas banjir dengan menghantar pasukan sukarelawan yang akan membuat pembersihan di kawasan yang memerlukan tenaga sukarelawan.

Turut menyertai gerak bantu ummah ini adalah aset MAPIM, iaitu Klinik Bergerak yang akan dibawa bersama bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan yang bakal diberikan secara percuma kepada penduduk setempat.

MAPIM juga bersedia memberikan perkhidmatan ujian calitan (swab test) percuma kepada barisan hadapan yang bertugas sepanjang kempen jelajah ummah berlangsung.

Oleh : Wartawan Ummah Today – Muhammad Haiqal Nor Wahid

 

*MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button