Covid19KemanusiaanKesihatanSemasa

Apabila padi tidak mahu tunduk, petani yang sengsara

MAPIM Malaysia menyampaikan bantuan dalam Misi Ummah Bantu Ummah

Sabak Bernam : “Padi tahun ni pun tak menjadi.” Itu luahan Mohd Yusuf bin Zulkifli kepada wakil MAPIM Malaysia yang dalam Misi Ummah Bantu Ummah.

Mohd Yusuf bin Zulkifli

Wakil MAPIM Malaysia sampai ke rumah Mohd Yusuf ketika matahari tegak atas kepala. Rumahnya bercat merah manggis yang sudah pudar di bahagian hadapan, dan masih ada pembinaan di sebelah kanan yang terbengkalai. Ia terletak di tepi sawah yang sudah dituai dan hanya pemandangan batang padi kering yang menanti pengunjung.

Masih terbengkalai

Mohd Yusuf yang bekerja sebagai petani mempunyai tiga ekar sawah. Menurutnya, pada tahun sebelumnya mereka boleh mendapat hasil tujuh ke lapan tan padi, tetapi tahun ini mereka cuma memperoleh empat tan.

“Harga masih sama, tetapi pemotongan gred yang terlalu tinggi.”

Pemotongan gred padi bermaksud semakin tinggi gred padi, semakin banyak harga yang dipotong. Biasanya pemotongan gred hanya setakat 20 peratus, tetapi tahun ini sampai ke 40 peratus. Ini menjejaskan pendapatan petani kecil seperti Mohd Yusuf.

Pemotongan gred berlaku apabila padi rosak diserang penyakit. Antara tanda padi diserang penyakit apabila ia tidak tunduk. Padi sepatutnya semakin hari semakin tunduk kerana berat, tetapi apabila ia tidak berlaku Mohd Yusuf tahu pendapatannya untuk tuaian kali ini akan berkurang.

Ia seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah dikenakan pemotongan gred yang tinggi, pengeluaran pula semakin berkurang. Apa yang selama ini cukup-cukup, menjadi tidak cukup.

Sebagai tulang belakang keluarga yang besar, tanggungjawab Mohd Yusof sangat berat. Padi yang tidak menjadi dan pandemik Covid-19 membuatkan hidup menjadi semakin sukar. Lalu apabila MAPIM Malaysia menyampaikan sumbangan berupa keperluan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak, kicap, dan makanan kering, Mohd Yusof sangat bersyukur. Nampak raut kelegaan pada wajahnya. Setidak-tidaknya untuk beberapa hari ke depan perut keluarganya sudah terjamin.

Alhamdulillah. Kecil tetapi bermakna

Walaupun sumbangan kecil tetapi seperti kata Ketua Aktivis MAPIM Malaysia, (Dr) Sani Araby Al Kahery,

“Sumbangan walau sekecil apapun ia tetap berharga untuk mereka yang benar-benar memerlukan. Itu yang MAPIM Malaysia sentiasa usahakan, memberi dan terus memberi untuk mereka yang memerlukan.”

(Dr) Sani Araby Al Kahery Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia.

MAPIM Malaysia sedar ia masih belum mencukupi. Masih ramai orang yang berkongsi cerita yang sama dengan Encik Mohd Yusuf. MAPIM Malaysia merayu sumbangan orang ramai yang dermawan supaya lebih ramai yang akan dapat dibantu.

#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:

www.BantuUmmah.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button