Pendidikan

Animasi “BATUH BIJANJI” karya murid darjah 5 harumkan nama negara

Karya SK Temong, Serian menangi anugerah di Brazil

KUCHING :  Dunia animasi negara terus merakam pengiktirafan apabila karya animasi dua pelajar Malaysia daripada murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Temong, Serian, Sarawak,   berjaya mengharumkan nama negara.

“Batuh Bijanji” – berjaya  memenangi anugerah filem animasi di Brazil, pada pertandingan di persada ‘Festival de Cinema Escola de Alvorada’ (FECEA, hasil bimbingan dua cikgu sekolah itu.

Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa Mohd Zulfadhli, pelajar tahun 5 menghasilkan karya bertajuk “Batuh Bijanji” yang membawa maksud ‘batu perjanjian’ diambil daripada bahasa Bidayuh.

“Alhamdulillah syukur dengan rezeki dari Allah, dua murid yang terlibat dalam menghasilkan karya filem pendek animasi ini, Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa Mohd Zulfadhli juga gembira dengan kemenangan ini,”

Projek animasi ini mengambil masa kira-kira 10 hari dengan bantuan daripada Cikgu Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi dan Cikgu Mohd Reduan Patah, iaitu guru kepada kedua-dua pelajar berkenaan.

Penghasilan projek animasi ini menggunakan teknik rotoscoping iaitu sebuah teknik,  dengan animator mengesan rakaman ditangkap untuk menghasilkan animasi secara visual seakan-akan realistik.

Cikgu Wan Zulfadli berkata, penyertaan festival tersebut diadakan secara dalam talian yang mana undian bermula dari 17 hingga 28 November 2020.

“Majlis anugerah juga dijalankan secara dalam talian menerusi ‘Google Meet’ pada 28 November sekitar jam 4 petang,” katanya sambil menambah trofi anugerah itu akan dihantar menerusi pos.

Animasi Batuh Bijanji pernah dinobatkan antara 11 filem pendek terbaik Asia pada tahun 2019 di bawah inisiatif #SubmitYourFilm kelolaan laman online perfileman, Asian Movie Pulse.

Oleh : Iman Nur Hakim bin Azrin (Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button