Covid19Semasa

Angka harian COVID-19 cecah hampir 7,000

PUTRAJAYA : Sebanyak 6,988 kes jangkitan positif Covid-19 direkodkan hari ini, meningkat berbanding 6,276 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia mencecah 758,967.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), Kedah (250), Sabah (232).

Pahang merekodkan sebanyak 195 kes, Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108) dan Putrajaya (10) manakala Perlis hanya mencatatkan satu kes jangkitan positif.

Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom / Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) / AJ

 

Related Articles

Back to top button