DuniaSemasa

Amaran La Nina dikeluarkan di timur Australia

SYDNEY : Amaran fenomena La Nina di pasifik telah dikeluarkan oleh Biro Meteorologi Australia hari ini dan mereka menjangkakan ribut akan melanda di kebanyakan kawasan di timur Australia.

Menurut biro cuaca itu, kemungkinan situasi tersebut akan berlangsung sehingga awal musim luruh pada Mac.

Dalam pada itu, hujan lebat serta banjir telah melanda sebahagian New South Wales (NSW), Queensland dan Victoria dan curahan hujan pada Oktober adalah lapan peratus melebihi paras normal.

Kejadian taufan tropika pertama Siklon Paddy direkodkan berlaku pada pagi ini di luar pantai Pulau Krismas.

Penduduk di seluruh Queensland dan NSW juga dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi hujan lebat dan ribut sepanjang musim panas.

Untuk rekod, fenomena La Niña kali terakhir melanda Australia adalah antara musim panas 2010 dan 2012.

– BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button