Semasa

`Alvin Goh’ panjat pagar dicekup polis!

Ditahan bersama seorang wanita

MACC nabs GLC head over RM300 mil worth of building projects | Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR : Suspek utama kes pengubahan wang haram yang melarikan diri, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, direman selama tiga hari sehingga 29 Oktober ini.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan reman mengikut Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan polis menyiasat lanjut kes berkenaan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Memetik Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan suspek dalam kegiatan haram yang dilakukannya.

“Pada masa ini polis akan menjalankan siasatan berhubung pembabitannya yang disyaki mempunyai unsur kegiatan pengubahan wang haram, penipuan Macau Scam di luar negara dan aktiviti perjudian dalam talian.”

Terdahulu pagi tadi, Alvin Goh berjaya diberkas polis di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Penangkapannya itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menangkap suspek utama bersama-sama seorang wanita warga asing.

Alvin Goh berjaya melarikan diri daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button