EkonomiSemasaTravelog
Trending

Al-Araby Mathaam bakal buka cawangan ke-3 di Bangi Gateway

Al Araby Mathaam (M) Sdn. Bhd., restoran yang menawarkan resepi istimewa Arab Timur, western dan makanan nusantara kini melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan ke-3 di Bangi Gateway, Selangor.

Pembukaan cawangan baharu itu dicapai hasil mesyuarat  Pengerusi Al Araby Holdings, (Dr.) Sani Al Araby Dato’ Abdul Alim Araby bersama-sama Presiden KLIA Premier Holdings  Sdn. Bhd., Prof. Tan Sri Dato (Dr.) Ir. Jamilus Hussein di Wisma KLIA Holdings, di Bandar Baru Bangi, tengah hari semalam.

Corner lot unit yang diambil alih untuk dijadikan Al Araby Mathaam cawangan ke-3

“ Saya hasratkan dapat meluaskan lagi perniagaan memberi makanan yang sedap, berpatutan, halal dan toyyip kepada masyarakat agar hasil keuntungan yang diraih dapat kami sumbangkan dalam bentuan bantuan kemanusiaan dalam dan luar negara” kata (Dr) Sani Araby Al-Kahery yang juga merupakan Penasihat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Beliu turut berterima kasih kepada seluruh pelanggan yang menyokong usaha syarikat-syarikat Al-Araby kerana membolehkan beliau untuk dapat berkongsi rezeki dengan turun berbakti di lapangan.

Tan Sri Ir Jamilus bersama (Dr)Sani Araby dan Kapten Bersekutu (PA) Faris Hussain

Tarikh pembukaan cawangan ke-3 Al Araby Mathaam dijangkakan pada pertengahan bulan September ini

Bagi mereka yang menggemari hidangan Arab dan menikmati juadahnya dalam suasana Timur Tengah bolehlah berkunjung ke cawangan baharu itu nanti, terutama hidangan viral Lamb Haneeth.

Restoran Al Araby Mathaam pernah tersenarai sebagai antara 10 restoran Arab terbaik dari seluruh negara oleh majalah Saji.

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang F&B, restoran Al-Araby Matha’am terkenal dengan menu istimewa serta keunikan interior yang selesa dan perjuangan berniaga sambil beramal yang diketuai sendiri oleh pengerusi kumpulan syarikat yang juga merupakan Ketua Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia.

Sani Araby merupakan figura kemanusiaan negara yang selalu mengetuai Misi Kemanusiaan dan Bencana dalam serta luar negara

Diasaskan pada tahun 2011, Al-Araby Mathaam merupakan restoran yang memberi juadah Arab Timur yang terbaik, selain khidmat catering.

Menjadikan makanan sebagai jambatan untuk beramal membantu saudara yang memerlukan, Al Araby Mathaam Bandar Bukit Mahkota turut menyediakan UMMAH HALL, yang menempatkan dewan untuk menganjurkan sebarang majlis keraian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah dan hari lahir.

Ummah Hall di aras 1 AlAraby Mathaam cawangan Bandar Bukit Mahkota, Bangi boleh memuatkan 250 tetamu dan menjadi ‘pilihan viral’ untuk menganjurkan pelbagai majlis

Menawarkan harga berpatutan UMMAH HALL juga boleh ditempah untuk urusan seminar, bengkel, mesyuarat, pelancaran produk dan sebagainya.

Boleh memuatkan 200 jemputan pada satu masa, UMMAH HALL di atas restoran Ar Araby Mathaam, di Bandar Bukit Mahkota, menyediakan lif dan tempat meletak kereta yang mudah diakses.

Al-Araby Mathaam (M) Sdn Bhd. boleh dihubungi ditalian hotline 03-89129110

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button