HiburanKemanusiaanKerohanian
Trending

Aktivis kemanusiaan MAPIM terus terima penghargaan

Dinobat Tokoh Ulama, Ikon Celik Quran

Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, terus menerima pengiktirafan daripada badan-badan luar dan agensi kerajaan di negara ini.

Al Fadzil Maulana Helmi, menerima anugerah Tokoh Ulama’ Umat 2020 pada Muktamar Tahunan Ulama’ Pahang 2020.

 

Seorang aktivis yang berdedikasi dengan aktiviti kemanusiaan, Maulana Helmi juga ialah mudir bagi Madrasah An Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah  di Masjid Lama Pulau Tawar, Jerantut.

Sikap beliau yang sering memberi nasihat dan tazkirah amat disenangi dan menjadi mudah berinteraksi dengan mereka yang amat memerlukan, dalam misi-misi kemanusiaan MAPIM.

Terbaharu, Maulana Helmi menyertai Jelajah peduli Ummah MAPIM ke utara tanah air pada bulan Ramadan lepas.

 

Sementara itu, adik-beradik, Heliza dan Hazwani Helmi pula diiktiraf Ikon Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Perlantikan Ikon Celik Ai-quran oleh MAIWP itu adalah kerana kedua-dua selebriti ini mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Sehubungan itu, peranan mereka penting dalam mempengaruhi masyarakat untuk membaca Al-Quran.

Program anjuran MAIWP ini bermula 18 Julai hingga 20 September depan bermatlamat mempertingkat kemahiran membaca Al-Quran orang ramai.

MAIWP  menyasarkan 575 peserta akan menyertai program dengan slogan ‘Dari Buta ke Celik al-Quran’ itu, di semua lapan zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, melibatkan 350 bagi kelas ibtida’i, 125 peserta kelas Tahsin al-Quran dan 100 lagi bagi kursus latihan tenaga pengajar (TOT).

Pada Julai lalu, Heliza dan Hazwani adalah di antara enam lagi artis tanah air yang dilantik menjadi Ikon Celik Quran oleh MAIWP dengan kerjasama Istitut Pengajian Al-Quran (IPaQ).

Sekalung Tahniah diucapkan daripada warga MAPIM Malaysia diatas penganugerahan Tokoh Ulama Umat 2020  dan Ikon MAIWP kepada aktivis-aktis MAPIM berkenaan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button