Covid19Semasa

Air pasang besar landa Semporna, Lahad Datu

Ramalan hujan lebat esok di Sabah

SABAH : [VIDEO] Fenomena air pasang melanda beberapa daerah di Sabah sejak malam tadi.

Menerusi laman media sosial Twitter ramai pemilik akaun melaporkan air sudah naik ke paras lantai rumah.

Menurut penduduk, Kampung Air Semporna adalah antara kawasan terjejas teruk dan tidak pernah dialami sejak 50 tahun lalu.

Ramai yang menyatakan keresahan kerana sudahlah dilanda pandemik Covid-19, kini air pasang pula membadai.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah pada esok dan Selasa (20 Okt).

Dalam kenyataan MetMalaysia malam tadi, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan berkenaan termasuk bahagian pantai barat Sabah, Sandakan (Daerah Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button