Semasa

Agamawan rakam takziah dari seluruh pelosok nusantara

Al-Fatihah

Pemergian yang ditangisi.

Seluruh nusantara mengucapkan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah Syekh Ali Al Jaber.

Di ibu negara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Zulkifli Al-Bakri dan Menteri Alam Sekitar dan Air, antara yang turut merakamkan takziahnya dengan pemergian Syekh Al Jaber.

Kedua-duanya merakamkan ucapan itu di dalam media sosial mereka.

“Saya tidak mengenali beliau secara peribadi, namun berdasarkan pengiktirafan ramai pihak kepada beliau jua siri pengajian ilmu beliau di media sosial, saya anggap beliau sebagai seorang ilmuan dan pendakwah yang soleh. Pemergian beliau adalah kehilangan yang besar kepada dunia Nusantara.” – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Zulkifli Al-Bakri
“Menerima khabar duka, Syeikh Ali Jaber, tokoh pendakwah dan alim al-Qur’an Indonesia telah meninggal dunia di Hospital Yarsi pagi tadi. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan menempatkannya bersama orang2 yang soleh.” – Menteri Alam Sekitar dan Air

 

Di Indonesia, ucapan takziah diterima daripada Kementerian Agama Indonesia, yang menyatakan rasa duka citanya terhadap kehilangan pembela Al Quran itu.

Ucapan itu dizahirkan melalui akaun twitter Kementerian terbabit.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Berduka atas wafatnya Syaikh Ali Jaber. Semoga almarhum senantiasa mendapat limpahan rahmat dari Allah Swt. Aamiin,” – Kementerian Agama Indonesia

Nahdlatul Ulama Ungkapan duka juga disampaikan Pengurus Besar Nahdlatul Ulama atas berpulangnya Syekh Ali Jaber. Pernyataan duka ini disampaikan melalui Instagram @nahdlatululama.

Turut menyampaikan ucapan takziah ialah Media Brunei serta agamawan di sekitar Nusantara.

Takziah diucapkan kepada keluarga Syaikh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, ilmuan dan pendakwah terkenal Indonesia yang telah pergi meninggalkan kita hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button