Covid19Kerohanian

Abah minta maaf, terus solat, jaga diri semua …

Pesanan pesakit Covid-19

IPOH: “Tolong doa dan terus solat hajat. Abah mintak maaf. Jaga diri semua. ”

Itulah pesanan terakhir seorang ayah, Ahmad bin Ahmad Taib 58 tahun, kepada isteri dan anak-anaknya sebelum nyawa terpisah dari badan kerana menghidap pandemik pembunuh, Covid-19.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun, HRPB pada Rabu lalu.

Mana hati yang tidak runtun melihat tulisan dan pesanan seorang ayah, yang terakhir dan hanya pada sebuah kertas diguna semula.

Tulisan tangan seorang abah dengan kata-kata penuh ikhlas menjadi pesanan sepanjang zaman buat tatapan isteri dan anak-anak.

Mesej Allahyarham Ahmad itu dikongsi anaknya Syafiqa Humairak, 32 di laman Facebook beliau.

Kata Syafiqa, hiba hatinya kerana hasrat menyimpan pesanan ayahanda melalui sekajang kertas yang tidak ternilai harganya, tidak dibenarkan kerana bimbang mempunyai virus Covid-19.

“Saya seorang sahaja yang dapat hadir ke majlis pengkebumian, kerana tinggal di Pulau Pinang. Tidak dapat digambarkan kesedihan saya, kerana tidak dapat mengucup abah buat kali terakhir. Saya cuma tengok abah dari jauh.”

“Covid-19 bukan gurauan, tiada siapa yang kebal dengannya. Cuma seminggu virus itu telah membunuh abah kami. Saya harap semua orang menjaga kesihatan dan patuhi langkah Kementerian Kesihatan”

Abah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan bendahara, Ipoh. AL -FATIHAH

  • FB Syafiqa Humairak

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button