Covid19

9 pesakit Covid-19 maut oksigen meletup

14 lagi dipindah ke hospital lain

ANKARA: Sekurang-kurangnya sembilan pesakit COVID-19 maut selepas sebuah oksigen meletup dan menyebabkan kebakaran di sebuah hospital di tenggara Turki hari ini, kata kementerian kesihatan.

Agensi berita Anadolu melaporkan identiti mangsa yang maut berusia di antara 56 dan 85 tahun.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca, berkata kebakaran di sebuah wad rawatan rapi hospital di Gaziantep itu berlaku apabila sebuah tangki alat bantuan pernafasan meletup.

“Kami sangat sedih dengan tragedi ini, semua mangsa ialah pesakit yang dirawat disebabkan COVID-19.

“Pesakit lain yang terjejas akibat kebakaran itu dipindahkan ke hospital lain,” katanya.

Turki merekodkan lebih 1.9 juta kes COVID-19 dan lebih 17,600 kematian sejak wabak itu bermula setahun lalu.

Berikutan kes yang tinggi, Turki memperketat sekatan pada akhir November dengan perintah berkurung sepenuhnya pada hujung minggu dan sebahagiannya pada hari biasa. – Agensi

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button