DuniaSemasa

8 maut, 800 rumah, bangunan ranap

Seminggu Indonesia dibadai taufan dan gempa

JAKARTA 11 APRIL :  [VIDEO] Sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Jawa Timur  selatan semalam.

Gempa bumi itu juga meranapkan lebih 800 buah kediaman dan bangunan runtuh serta rosak teruk.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Raditya Jati, berkata tiga kematian dilaporkan di Kabupaten Malang sementara empat di Kabupaten Lumajang.

Hingga kini, BNPB masih mengumpul statistik di 17 kabupaten dan kota di Jawa Timur yang mengalami gegaran bermagnitud 6.7 pada skala Richter pada kira-kira jam 2 petang semalam, berpusat di 90 kilometer barat daya Kabupaten Malang.

Menurut BERNAMA, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia turut mencatatkan beberapa gempa susulan bermagnitud rendah masih berlaku di wilayah berkenaan, dan terbaharu bermagnitud 5.5 pada skala Richter pada 6.54 pagi tadi.

Berikut antara gegaran yang dirakam lensa penduduk sekitar kawasan gempa.

Kejadian gegaran semalam itu turut dirasakan di hampir seluruh wilayah Jawa Timur, termasuk beberapa kawasan di Jawa Tengah serta Pulau Bali dan Lombok.

People inspect a collapsed house following a 6.0 magnitude earthquake that hit in Blitar, East Java, Indonesia, 10 April 2021.

Bencana ini adalah bencana alam kedua melanda Indonesia dalam tempoh seminggu ini selepas Taufan Tropika SEroja menghentam wilayah timur Nusa Tenggara menyebabkab 174 orang maut.

Ramai mangsa maut di dalam lumpur dan letusan lahar gunung berapi yang meletup pada November lalu.

Manakala mangsa yang lain dihanyutkan banjir kilat,

Residents inspect an earthquake-damaged buildings in Mamuju, West Sulawesi following the earthquake on 15 January, 2021.
-SBS.com

Related Articles

Back to top button