Semasa

5 syarikat telekomunikasi dikompaun

Daftar SIM tanpa pengesahan pengguna

KUALA LUMPUR:   Lima syarikat telekomunikasi dikenakan kompaun bernilai tiga suku juta ringgit oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM.

Sejumlah 15 kompaun dikenakan bernilai RM750,000 di atas kesalahan pendaftaran SIM prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.

“Tindakan ini diambil berdasarkan kepada audit yang dijalankan di Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tempoh antara Ogos hingga Oktober tahun lalu,”

SKMM berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu (9/12)

SKMM berkata, sepanjang tahun ini 70 kompaun bernilai RM3.45 juta dikeluarkan, iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding 58 kompaun berjumlah RM2.9 juta tahun lalu bagi kesalahan yang sama.

Syarikat-syarikat telekomunikasi yang dikenakan kompaun ialah Digi, U Mobile, Maxis, Tune Talk, dan YTL.

 “Digi Telecommunications Sdn Bhd menerima kompaun tertinggi dengan lima kompaun bernilai RM250,000, diikuti Maxis Broadband Sdn Bhd sebanyak empat kompaun bernilai RM200,000.

“U Mobile Sdn Bhd menerima tiga kompaun bernilai RM150,000, manakala Tune Talk Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd masing-masing ditawarkan dua kompaun bernilai RM100,000 dan satu kompaun bernilai RM50,000.

“Tindakan yang diambil ini menunjukkan usaha tegas yang berterusan oleh pihak kami dalam melindungi kepentingan pengguna daripada kes penipuan atau scam secara dalam talian yang semakin meningkat,” katanya.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button