Semasa

5 hukuman penjara seumur hidup kepada pembunuh Hariri

Semua hukuman berjalan serentak

BEIRUT : Mahkamah antarabangsa menjatuhkan lima hukuman penjara seumur hidup kepada seorang pelarian Hizbullah semalam atas dakwaan membunuh  bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri dan 21 individu lain pada tahun 2005.

Tertuduh, Salim Ayyash, 57, yang dibicarakan secara ‘absentia’ (tidak hadir), didapati bersalah membunuh dan melakukan keganasan pada 18 Ogos lalu oleh Tribunal Khas di Belanda.

Dalam kenyataan ketika mengumumkan hukuman itu, Ketua Hakim David Re, berkata Salim terbabit dalam keganasan yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai.

Hakim Janet Nosworthy pula ketika membacakan penghakiman berkata Ayyash perlu diberi hukuman atas jenayah kejam yang dilakukannya.

Penghakiman keputusan kes itu dijalankan secara separa maya berikutan pandemik Covid-19.

Pada Februari 14 tahun 2005, Rafiq Hariri terbunuh bersama-sama dengan 21 yang lain apabila seorang pengebom nekad meletupkan sebuah van dipenuhi bahan letupan dalam konvoi bekas Perdana Menteri itu melalui kawasan pantai di Beirut.

“Mahkamah berpuas hati dan perlu mengenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup untuk semua lima tuduhan jenayah dan hukuman akan berjalan serentak.”

Salim masih kekal sebagai pelarian dan Ketua gerakan Hizbullah Syiah, Hassan Nasrallah, enggan menyerahkannya, atau mengiktiraf mahkamah itu yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Hukuman terhadap Salim perlu dilaksanakan dan pegawai kehakiman serta keselamatan Lubnan perlu menjalankan tugas dalam perkara ini,” kata Saad menerusi Twitter. – AGENSI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button