DomestikSemasa

400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA, Menteri mahu siasatan terperinci

Agensi yang menipu perlu dibawa ke muka pengadilan & diberikan hukuman setimpal

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad melahirkan rasa kecewa mengenai insiden hampir 400 jemaah haji terkandas di KLIA dan Hotel Movenpick KLIA semalam yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ianya melibatkan urusan Rukun Islam yang perlu dipandang berat oleh semua umat Islam termasuklah pihak agensi pengurusan haji.

Jemaah haji terkesan bersama ahli keluarga mangsa cuba mendapatkan penjelasan

Haji Idris berkata sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak berulang lagi kes sedemikian.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad

“Saya meminta agar rakyat Malaysia terutamanya umat Islam perlu berwaspada dan berhati-hati dalam kes seperti ini dan sentiasa mendapatkan nasihat yang tepat daripada pihak Tabung Haji walaupun menggunakan khidmat agensi luar untuk mengerjakan haji.” pesan beliau dalam satu kenyataan media rasmi.

Kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA semalam dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Bakal jemaah itu dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

“Saya memohon kepada pihak yang teraniaya dan seluruh keluarga yang terlibat agar tabah dan terus mengambil peluang pada Hari Arafah untuk bermunajat dan memanjatkan doa bagi mendapatkan keredaan Allah, walaupun tidak dapat hadir menunaikan haji di Tanah Suci Mekah,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button