Semasa

4 jenis SOP pergerakan domestik dilonggarkan

Mula Ahad, untuk rancakkan aktiviti pelancongan

KUALA LUMPUR : Berita baik bagi mereka yang terbabit dalam industri pealcongan.

Bermula Ahad ini, kerajaan bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) gelembung perjalanan domestik bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan tempatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata empat jenis pergerakan dibenarkan di bawah SOP berkenaan, iaitu rentas daerah dalam negeri hijau yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kedua pergerakan rentas negeri antara negeri hijau, yang pergerakan ini dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran PDRM.

Ketiga pergerakan rentas negeri antara negeri hijau melalui negeri merah yang dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran pihak PDRM.

Keempat pergerakan rentas daerah/negeri dari negeri hijau ke daerah hijau di negeri merah dengan pergerakan ini dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran pihak PDRM,”

Datuk Seri Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button