DuniaKemanusiaan

39 negara desak China hormati hak minoriti Uighur

NEW YORK: 39 negara hari ini termasuk Amerika Syarikat dan negara Kesatuan Eropah (EU) mendesak China menghormati hak asasi kumpulan minoriti Uighur.

Semua negara itu juga bersepakat menyatakan keprihatinan berhubung pergolakan pro-demokrasi di Hong Kong.

Duta Besar Jerman ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Christoph Heusgen, berkata PBB meminta China berhenti menindas mereka yang tergolong dalam kumpulan agama dan etnik minoriti, terutama di Xinjiang dan Tibet.

Heusgen, mengetuai inisiatif itu selepas satu mesyuarat diadakan berhubung hak-hak asasi kemanusiaan.

Selain Jepun, negara anggota EU yang menyertai deklarasi itu ialah, Albania dan Bosnia, Kanada, Haiti, Honduras, Australia serta New Zealand.

“Kami sangat prihatin dengan kemelut hak asasi manusia di Xinjiang dan perkembangan terkini di Hong Kong.

“Kami menggesa China untuk mengizinkan akses segera ke Xinjiang, membenarkan pemerhati bebas termasuk Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia,” menurut deklarasi yang dibuat negara terbabit.

Sejurus selepas itu, wakil Pakistan pula membacakan kenyataan ditandatangani 55 negara termasuk China, yang mengecam penggunaan isu di Hong Kong sebagai alasan untuk mencampuri urusan dalaman China.

Dalam pada itu, Duta China ke PBB, Zhang Jun, mengkritik Jerman, AS dan Britain yang digelarnya sebagai ‘hipokrit’ serta menuntut ketiga-tiga negara itu hentikan sifat sombong dan prasangka untuk kembali ke pangkal jalan.

Pertubuhan Human Rights Watch pula bangga kerana begitu banyak negara menandatangani deklarasi itu walaupun China menggunakan taktik ancaman dan ugutan terhadap mereka yang bersuara. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button