Semasa

32 maut, 165 cedera kereta api bertembung

Ramai tersepit dalam gerabak yang terbalik

MESIR 27 Mac : “Tolong, keluarkan saya dari sini, ada yang hampir mati, tolong!”

Rayuan seorang wanita yang tersepit di bawah tempat duduk dari dalam gerabak kereta api yang terbalik dalam kejadian di Mesir.

Kejadian itu meragut 32 nyawa manakala 165 lagi cedera dalam kemalangan kereta api di tengah bandar Mesir.

Kejadian dikatakan berpunca apabila beberapa gerabak tergelincir dan terbalik selepas dua kereta api penumpang bertembung antara satu sama lain di pekan Tahta, di wilayah Sohag.

Menurut pihak berkuasa laluan keretapi, saat gerabak tergelincir brek kecemasan ditarik oleh individu tidak dikenal pasti menyebabkan keretapi lain merempuh keretapi satu lagi.Presiden Abdul Fattah Al Sisi berikrar mengenakan hukuman berat buat mereka yang bertangggungjawab.

“Sesiapa yang menyebabkan kemalangan menyedihkan ini sama ada melalui kelalaian mereka, rasuah atau perbuatan seumpamanya, harus menerima hukuman setimpal tanpa pengecualian atau kelewatan. – Twit Presiden Abdul Fattah Al Sisi

Kemalangan dahsyat ini berlaku dari jarak 365 km dari selatan ibu kota Kaherah.

Salah satu keretapi sedang dalam perjalanan di antara selatan bandar Luxor dan pelabuhan Mediterranean Iskandariah manakala sebuah lagi dalam perjalanan dari Kaherah ke bandar Aswan.

Lebih 70 buah ambulans dikejarkan ke kawasan kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke hopsital. Ramai mangsa yang berada di bawah gerabak yang terbalik dan sukar untuk mengeluarkan mereka.

Aftermath of the crash
1px transparent line

Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly yang mengunjungi kawasan kejadian memberi jaminan akan memberi pampasan kepada keluarga mangsa. Pada masa yang sama beliau berkata kerajaan negara itu akan mempertingkatkan sistem laluan kereta api bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

Kemalangan kereta api sering berlaku di Mesir berikutan lemahnya penyelenggaraan dan kekurangan dari sudut pelaburan perkhidmatan itu.

Tahun 2002 menyaksikan tragedi terburuk bagi perkhidmatan itu apabila 373 orang maut setelah kereta api terbakar dalam perjalanan ke selatan Kaherah.- cnn / wrlb.com

Related Articles

Back to top button