KemanusiaanSemasa

Daripada 59 ke lebih 200 orang dipindahkan

Kawasan rendah Jasin, Alor Gajah dinaiki air

MELAKA :   Jumlah mangsa banjir di daerah Jasin dan Alor Gajah meningkat kepada 242 orang daripada 59 keluarga tengah hari tadi (setakat 7 petang)  berikutan hujan lebat sejak jam 5:00 petang semalam sehingga 9:00 malam tadi, yang menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Jasin iaitu terbaru, dibuka pada 8 pagi tadi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel menempatkan 115 mangsa daripada 26 keluarga.

“Bagi daerah Alor Gajah pula, PPS SK Durian Tunggal menempatkan 54 mangsa daripada 13 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lapan kawasan di daerah Jasin terjejas iaitu Taman Merlimau Mekar, Taman Merlimau Megah, Kilang Berapi, hadapan SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’Kub, Pekan Tedong, Paya Lengkong, Seri Mendapat dan Tehel, manakala hanya dua kawasan di daerah Alor Gajah iaitu Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.

Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri turut memaklumkan keadaan cuaca semakin cerah dan paras semasa air sungai di Sungai Chohong, Sungai Melaka dan Sungai Duyong sehingga kini belum mencapai paras amaran. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button