Covid19Semasa

22 bazar Ramadan di seluruh negara diarah tutup!

Melanggar SOP

KUALA LUMPUR:  Bermula 1 Mei, 22 daripada 1,073 bazar Ramadan yang sedang beroperasi di seluruh negara diarah untuk menutup operasi selama tiga hari berkuat kuasa Sabtu. (1 Mei)

Penutupan operasi itu melibatkan empat bazar Ramadan di Johor, tiga di Kedah, lapan  di Pulau Pinang,  satu di Perak manakala masing-masing dua di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataannya berkata semua bazar tersebut dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi yang boleh menjadi punca penularan jangkitan COVID-19. Berdasarkan data terkumpul daripada laporan sistem ‘Hotspot Identification by Dynamic Engagement’ (HIDE).

“Laporan HIDE telah menunjukkan bahawa angka rapat yang tinggi dalam kalangan penghujung dan peniaga di bazar Ramadan yang terlibat. Sehingga 15 April, sebanyak 904 kes positif COVID-19 yang dilaporkan mempunyai sejarah kunjungan atau dijangkiti oleh individu yang pernah mengunjungi bazar Ramadan tersebut” – HIDE

Lapan bazar Ramadan di Pulau Pinang yang diarahkan tutup operasi iaitu Bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri; Attakwa Taman Bertam Indah; Kampung Melayu; Masjid Daerah Barat Daya dan Bazar Ramadan Jalan Berangan Bukit Bintang 2021. Turut ditutup, Bazar Ramadan Bukit Gedung dan Taman Tun Sardon.

Bagi Selangor, arahan penutupan membabitkan bazar Ramadan di Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil (Subang Jaya) dan Bazar Ramadan Stesen LRT Cempaka (Ampang Jaya).

Di Kuala Lumpur, bazar yang diarah tutup adalah Bazar Ramadan Taman Setiawangsa dan Bazar Iftar Ramadan Jalan Raja Alang.

Oleh Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Related Articles

Back to top button