Covid19KesihatanPalestin

200,000 rakyat Palestin perlukan bantuan kesihatan : WHO

Tahap kesihatan di Palestin membimbangkan

KAHERAH :  Keadaan   di Palestin memerlukan bantuan kesihatan yang  kritikal selepas peperangan selama 11 hari antara rejim Zionis Israel dan Hamas, bulan lalu, berdasarkan ucapan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam satu kenyataan agensi itu, sekurang-kurangnya 200,000 penduduk Palestin yang tinggal di wilayah Palestin merangkumi semenanjung Gaza memerlukan bantuan kesihatan segera.

Wakil WHO di Mediterranean Timur, Rik Peeperkor berkata keadaan di negara itu tidak stabil dan WHO sentiasa prihatin memastikan tahap kesihatan tanpa had penduduk Palestin terjamin.

Menurut beliau, mereka menuntut akses tanpa had ke Gaza memberikan bekalan serta kakitangan untuk kepentingan berkaitan kemanusiaan dan menaik taraf pembangunan di Gaza supaya pesakit yang kritikal dapat keluar dari Gaza bagi mendapatkan rawatan yang cukup.

Kemusnahan yang dialami Palestin telah menyebabkan lebih 77,000 orang kehilangan tempat tinggal kerana pengeboman Israel terhadap Palestin. 30 fasiliti kesihatan juga musnah.”  – Wakil WHO di Mediterranean Timur, Rik Peeperkor

Israel membuat kerosakan di atas bumi Palestin dalam tempoh 11 hari sehingga gencatan senjata dilakukan pada 21 Mei dan menyebabkan 254 penduduk terbunuh termasuk 56 kanak-kanak mati syahid.

Semenjak pencerobohan di Palestin, Israel mengetatkan laluan masuk ke Gaza pada tahun 2007 dan menyukarkan pemberian bantuan kepada dua juta rakyat Palestin di wilayah itu.

Mereka menghadapi kehidupan yang teruk, terkesan dengan konflik itu dan amat memerlukan bantuan segera bagi menghadapi ancaman kesihatan lain seperti wabak COVID-19. – Wakil WHO di Mediterranean Timur, Rik Peeperkor

Keadaan COVID-19 masih belum pulih. Agensi kesihatan telah menganalisis statistik penularan COVID-19 dengan merekodkan angka jangkitan 337,191 kes positif dan 3,765 kematian dilaporkan. Dalam tempoh seminggu peningkatan kes dicatatkan di Gaza.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

*******Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button