Covid19

19 Perkara Penting Diumum PM di Hari ke-6 ‘Partial Lock Down’

Intipati bagi Sidang Media Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada pukul 1 petang tadi, 23 Mac 2020.

1. Inisiatif ekonomi: Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 billion⁣.

2. Majlis Tindakan Ekonomi putuskan beberapa inisiatif utama bantu meringankan beban.

3. Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh buat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

4. 12 juta ahli KWSP boleh keluar RM40 billion mulai 1 April.

5. Peruntukan tambahan RM500 juta akan disalurkan kepada KKM bagi menyokong usaha tangani COVID-19.

6. Pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4 peratus berkuatkuasa April 2020.

7. Kerajaan setuju salurkan peruntukan tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19. ⁣

8. Peruntukan RM100 juta disediakan kepada KKM untuk lantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat.⁣

9. Kerajaan setuju salurkan peruntukan RM130 juta kepada negeri-negeri untuk bantu kerajaan negeri tangani krisis COVID19.

10. Kerajaan kaji langkah-langkah tambahan bantu rakyat menghadapi keadaan yang agak sukar pada waktu ini.

11. Kerajaan bersetuju tangguh bayaran balik PTPTN libatkan kutipan RM750 juta.

12. Peruntukan RM100 juta disediakan kepada KKM untuk lantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat. ⁣

13. Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan.

14. Langkah-langkah komprehensif sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan yang akan mengambil kira kepentingan setiap kelompok masyarakat di negara ini.

15. Saya akan umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif pada 30 Mac.

16. Hampir 90 peratus kepatuhan Perintah Kawalan Pergerakan.

17. Export terhadap produk topeng muka ditutup bagi bekalan yang cukup untuk negara (Ban on Export).

18. Import topeng muka daripada negara China sebanyak 10 juta keping. Akan Diurus masuk oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA.

19. Agihan secara percuma topeng muka kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Sidang 1.00pm , 23 Mac 2020

Ikhwan Solehin

We promise in proportion to our hopes, and we deliver in proportion to our fears. - Francois de la Rochefoucauld

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button