Semasa

16,200kg lemak babi untuk buat biskut dirampas

Tidak patuhi syarat Permit Import MAQIS

Kira-kira 16 tan lemak babi yang digunakan untuk membuat biskut dari Belanda dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia,  MAQIS.

Semua lemak babi itu bernilai RM110, 456.37 dan dirampas dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di Pulau Pinang, Isnin lalu.

Pic:utusandigital

“Berikutan itu, kami merampas semua 1,620 bekas mengandungi lemak babi dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011, iaitu  pengimportan atau pengeksportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian atau mikroorganisma, hendaklah mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan, atau syarat eksport, sebagaimana yang dinyatakan dalam permit atau lesen.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu (22 Ogos)

Lemak babi seberat 16,200 kilogram berkenaan diisi dalam tong bersaiz 10 kilogram setiap satu.

Siasatan mendapati produk itu dibawa masuk tanpa mematuhi syarat-syarat import seperti yang dinyatakan dalam  iaitu tiada nama dan alamat loji pada label pembungkusan.

Katanya pihak MAQIS sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara, bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian dan ikan yang masuk atau keluar dari negara ini, mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan, bagi memastikan keselamatan makanan terjamin serta selamat di negara ini.

-BERNAMA

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button