KemanusiaanPalestinSemasa

Berita Mandarin RTM mohon maaf gelar HAMAS – militan

Secara terbuka dalam siaran berita semalam

KAJANG : Ketua Editor Berita Mandarin dana Editor Meja Mandarin RTM diberi tunjuk sebab oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia selepas satu laporan beritanya yang menggelarkan HAMAS sebagai militan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan pada hari ini (13 Mei)

“Susulan penularan perkongsian di laman sosial tentang penggunaan istilah merujuk kepada Hamas dalam pelaporan berita berbahasa Mandarin oleh TV2, RTM berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin pada 12 Mei 2021, saya telah segera mengarahkan siasatan dan tindakan lanjut telah diambil oleh pihak pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia,” – Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah

“Permohonan maaaf secara terbuka dalam siaran berita untuk pembetulan telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada pukul 1.00 tengah hari dan Berita Mandarin pada pukul 7 malam hari yang sama, 12 Mei 2021,” jelasnya.

Pada 11 Mei lalu, Berita Mandarian Radio Televisyen Malaysia dalam satu laporannya menyiarkan laporan perkembangan di Gaza dengan menggelar Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan.

Mantan Ahli Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim menegaskan, Hamas bukan pengganas, sebaliknya mereka adalah pejuang yang bermati-matian mempertahankan tanah air dan saudara mereka yang dijarah penjajah Zionis Israel sejak berabad lamanya.

“Adakah RTM juga adalah sebahagian daripada Zionis yang menabur propaganda jahat terhadap pejuang yang mempertahankan tanah air mereka?  “Atau editor bahagian berita Cina cuba sabotaj RTM di sini? Di saat umat Islam dan dunia seluruhnya menabur simpati, bagaimana sebuah stesen milik kerajaan boleh menyiarkan berita sebegini jahat terhadap Hamas.” – Mantan AJK Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim

“Tidak bolehkah kita berfikir sejenak; bagaimana mungkin apabila rumah kita dirompak, ibu dan ayah kita dibunuh, kemudian kita yang memperjuangkan hak pemilikan rumah tersebut dilabel pengganas dan yang merompak memaksa semua ahli taman supaya mengiktiraf penjajahan dan pencabulan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. (13 Mei)

Justeru, beliau menegaskan, siasatan rapi mesti dibuat dan pihak bertanggungjawab mesti tampil memohon maaf dan dikenakan tindakan sewajarnya.Terdahulu, berita Mandarin yang disiarkan RTM menyatakan,

“Kumpulan militan Hamas di Gaza telah melancarkan beberapa roket ke arah Jerusalem dan selatan Israel.“Menyebabkan tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat Hamas di utara Gaza,” kata pembaca berita itu.

Related Articles

Back to top button