KemanusiaanPalestinSemasa

11 Kanak-kanak korban serangan lalu di Gaza, adalah pesakit pemulihan trauma

53.5% kanak-kanak menderita `post-traumatic stress disorder'

GAZA : Gencatan senjata pada 20 Mei, menamatkan Perang Pedang Al Quds di antara  penjajah Israel dan Ha masSebelas hari pengemboman Israel di kawasan yang terkesan menyebabkan 256 orang Palestin termasuk 66 kanak-kanak mati serta hampir 2,000  orang cedera. Malah rumah, pejabat juga hospital telah musnah.

Ketika gencatan senjata yang melanda di bumi Palestin ada di antara mereka yang terselamat daripada  konflik dan berusaha membina kembali kehidupan harian mereka.  Kerosakan harta awam  yang dilalui oleh penduduk Palestin menyebabkan mereka trauma dan mengalami masalah kesihatan dari segi mental.

Selain trauma peperangan,  COVID-19 juga menjadi perhatian utama permasalahan kesihatan warga Palestin terutamanya di Gaza.

Lebih daripada 110,000 orang di Gaza telah dijangkiti virus setakat ini dengan lebih daripada 1,000 kematian dicatatkan. Kementerian Kesihatan Palestin hanya cukup dos vaksin tersedia bagi memvaksinasi 60,200 orang dalam populasi lebih dua juta orang penduduk.

Dalam situasi sebegini, kanak-kanak merupakan golongan paling menderita di Palestin. Kajian yang dilakukan pada tahun 2020, sebelum konflik terakhir berlaku, mendapati bahawa 53.5 peratus kanak-kanak di Gaza menderita post-traumatic stress disorder (PTSD).

Hampir 90 peratus mengalami trauma peribadi. Majlis Pelarian Norway melaporkan berita buruk bahawa 11 kanak-kanak yang terbunuh akibat serangan udara Israel baru-baru ini adalah kanak-kanak yang juga pesakit pemulihan trauma yang mereka usahakan.

Sesetengah daripada mereka tidak dapat menerima apa yang berlaku di negara mereka sendiri dan mereka kehilangan orang tersayang, hasil serangan udara yang dilancar oleh pihak Zionis. Sukar untuk dibayangkan betapa benar-benar trauma yang dilalui oleh kanak-kanak. Mereka bukan sahaja membesar dalam keadaan perang, tetapi melalui bertahun penindasan yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.

Tidak hairanlah Setiausaha Agung PBB António Guterres menggambarkan Gaza sebagai “neraka di bumi” untuk golongan kanak-kanak.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button