DuniaSemasa

10 penumpang cedera dalam insiden tikam di Tokyo

TOKYO : Sekurang-kurangya 10 penumpang telah tercedera dalam insiden tikam yang berlaku dalam komuter, di sini semalam.

Menurut pegawai bomba dan laporan media Jepun, suspek cuba untuk melarikan diri namun gagal apabila ditangkap oleh pihak polis.

Televisyen awam NHK mengatakan seorang penumpang cedera parah dalam serangan pada hari Jumaat.

Difahamkan bahawa suspek telah meninggalkan pisau ketika sebelum melarikan diri dan kemudian menyerahkan diri di sebuah kedai serbaneka.

Seorang wanita berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada bahagian punggung.

Insiden pembunuhan itu berlaku dalam kereta api wad Setagaya yang terletak di sebelah barat kota.

Kawasan pembunuhan ini terletak beberapa kilometer dari tempat acara berkuda Olimpik.

Seorang saksi di stesen berdekatan memaklumkan penumpang bergegas keluar dari kereta dan menjerit meminta pertolongan ketika pembunuhan sedang berlaku.

Seorang saksi lain memberitahu NHK bahawa dia melihat penumpang berlumuran darah keluar dari kereta api, ketika penyiar meminta doktor dan penumpang yang membawa tuala.

Kereta api dibawa ke perhentian kecemasan setelah pengusaha kereta api diberi amaran, dan sebilah pisau serta telefon bimbit yang dipercayai milik suspek ditemui di tempat kejadian.

Suspek lelaki, berusia 20-an, dilaporkan dibawa oleh polis setelah menyerahkan diri di sebuah kedai serbaneka yang berdekatan, memberitahu pengurus bahawa dia adalah pelaku serangan itu.

 

Diterjemah oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button